Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Mahmud Abdullahi, anggota jawatankuasa pengajur Persidangan NAM memberi taklimat kepada para wartawan, "Setelah majlis pembukaan, mesyuarat pegawai kanan persidangan ke-16 pemimpin NAM akan berlangsung."Para pegawai kanan dalam dua jawatankuasa ekonomi dan politik akan menganalisa dokumentasi akhir persidangan," ujarnya.Tambah beliau lagi, mesyuarat eksklusif menteri-menteri kanan bermula petang kelmarin. Namun mesyuarat yang disebutkan tadi akan diadakan secara tertutup dengan kehadiran negara anggota sahaja.Jawatankuasa Hal Ehwal Antarabangsa, Kementerian Luar berkata, "Dokumentasi akhir persidangan meliputi tiga fasal. Salah satunya tentang kedudukan dunia termasuklah penyelesaian dan fasal perbandingan peringkat global, dialog budaya, tamaddun dan mazhab, hak menentukan nasib negara, pembaharuan dalam PBB, permesyuaratan keamanan, analisa masalah Timur Tengah, Afrika, Amerika Latin, Asia dan hak asasi manusia."Mengenai jawatankuasa politik, beliau berkata, "Pengukuhan hubungan antara negara-negara, situasi keamanan begitu juga kerjasaman Selatan-Selatan, kesejahteraan dan kebersihan diri, penyeludupan manusia merupakan sebahagian urusan jawatankuasa ini."Beliau menegaskan, setelah perbahasan dan penelitian wakil-wakil negara dalam mesyuarat menteri-menteri kanan tentang kandungan yang akan dimasukkan draf dokumentasi, ini juga akan merujuk kepada kelulusan dalam mesyuarat menteri luar."Anggota Jawatankuasa Penganjur persidangan para pemimpin NAM ini menambah, "Draf yang diluluskan akan menjadi dokumentasi akhir persidangan."Beliau turut mengatakan, "Di perkarangan persidangan, para menteri juga akan meneliti masalah Palestin di meja Suruhanjaya Palestin. Dari itu juga sebuah kenyataan tentang Palestin akan dikeluarkan."
26 Ogos 2012 - 19:30
News ID: 340085
Anggota sekretariat Persidangan NAM berkata, "Menteri-menteri negara anggota NAM akan menghadirkan wakil mereka tentang Palestin, untuk menganalisa dalam Suruhanjaya Palestin. Setelah itu sebuah pernyataan rasmi tentang Palestin akan dikeluarkan.